18.3.10

keSibukan YG dtg TANpa DiUNdang...

Argh....mgu ni mgu yg meletihkan......kerja kat opis btimbun2....tp..disebabkan aku seorang staff yg berkaliber....(huhuhu..sape lg nak puji aku klu bkn aku sendiri..) semuanya aku dapat atasi dengan sungguh mudah...Bos aku pun bz giler..tbe2 plak GM nak master list tuk semua projek..dah la semuanya ada dlm simpanan aku....tp..mcm aku ckp td la...smuanya bjaya di sattlekan....Sebenarnya byk nak story..tp..aku malas plak nak berblogger..tgu la mood dtg nnt..Tp smthg yg bes skang, aku dgn kwn2 smua da ok...yg x btegur dulu pun da mula nk bertegur....harap2 smuanya bkekalan...

11.3.10

aLiCe iN wOnDeRLaNd


Movie lg....smlm aku & hubby skali lg mghbiskan mase yg agak terluang dgn menonton Alice In Wonderland di Berjaya Times Square. 3 star for this movie...Jalan cite dia same dgn kartunnye sblum ni...sronok la..aku klu tgk movie fantasi ini mmg suke masukkan diri aku dlm cite tu..ala...konon2 aku pun ada dlm movie tu..huhuhu..Grafik movie ni mmg cantik..e..sronok la tgk movie ni...Next time ada byk lg movie berbentuk kartun akan ditayangkan..x sabar plak aku...

10.3.10

Muzium Negara....




Korang penah terpk x nk ke Muzium Negara? 28.02.10 yg lepas aku n Hubby ke sane...aku rase last aku ke sana mayb waktu kecik2 dulu kot..peh..lame gile aku x g..Aku n Hubby mmg sunnguh suke ke muzium..x kisah la muzium ape...dan..klu kami g bercuti wajib bg kami untuk ke muzium tempat tersebut..ntahlah..mungkin sbb kami suke membace kot....





Muzium Negara sekarang terbahagi kepada 4 bahagian utama iaitu..:



Galeri A. Sejarah Awal. Galeri ini membawa pengunjung menerokai proses pembentukan muka bumi serta menghayati cara hidup masyarakat awal menerusi setiap artifak yang dipamerkan di sini. Pengunjung juga berpeluang mengenali evolusi alat-alat batu yang digunakan pada zaman Paleolitik, Hoabianh serta Neolitik. Antara artifak yang menarik perhatian ialah Manusia Perak, rangka manusia tertua yang hampir lengkap di Asia Tenggara yang ditemui di Negara ini berusia kira-kira 10,000-11,000 tahun dahulu.




Galeri B. Kerajaan-kerajaan Melayu. Galeri ini menelusuri sejarah perkembangan tamadun Melayu menerusi pembentukan kerajaan-kerajaan Melayu di seluruh Nusantara khasnya kerajaan-kerajaan yang wujud di Semenanjung Tanah Melayu dan Kepulauan Borneo. Fokus galeri ini adalah kepada Kerajaan Melayu Melaka yang merupakan era kegemilangan sejarah ketamadunan Melayu-Islam di rantau ini.




Galeri C. Era Kolonial. Galeri ini menyelusuri peristiwa yang berlaku dari tahun 1511 hingga 1945. Ia memaparkan sejarah kedatangan kuasa asing bermula dari penjajahan Portugis ke atas Melaka pada tahun 1511 yang menandakan berakhirnya zaman Kesultanan Melayu Melaka sehingga pendudukan Jepun. Turut dimuatkan di dalam galeri ini adalah impak yang ditinggalkan oleh penjajah ke atas Tanah Melayu dari sudut politik, sosial dan ekonomi yang membawa kepada asas pembentukan Malaysia pada hari ini.




Galeri D. Malaysia Kini. Galeri ini menyingkap sejarah gerakan awal nasionalisme yang dipelopori oleh tokoh-tokoh kebangsaan daripada pelbagai kaum yang berlatarbelakangkan kepelbagaian parti politik bermula daripada campur tangan Inggeris sehingga mencapai kemerdekaan pada 1957. Galeri ini juga memaparkan pencapaian negara selepas kemerdekaan hingga kini.




Memang seronok bagi mereka yg berminat mcm aku & Hubby..Byk sumber yg bole kite ketahui...dari A-Z..Byk juga la pic yg aku amik..tp x sempat nak edit..so,ada beberape je la yg sempat tuk aku kongsi bersame....

4.3.10

PC AKU DAH ELOK...

Akhirnya....siap juga PC aku...Thanks to 'Palai' from IT department...ssh jg klu PC rosak ni...byk keje tertangguh (ceh..mcm byk sgt). Nak pinjam PC kwn slalu segan plak...diorg pun ada keje nk wat...So...skrang...PC aku dah siap...x yah la slalu bw laptop ke opis...