25.12.11

18 May 2011

18 May 2011 bagi aku dan suami tarikh keramat ini amat bermakna pada kami....kami seolah-olah terima nafas dan hidup baru....Aku disahkan hamil 6 minggu....Ya Allah....bersyukunya aku dengan pemberian mu yang tak ternilai ni....Hanya tangisan yang mengiringi berita ini..tangisan syukur dan gembira....

Berita yang kuterima dikongsi bersama keluarga dan rakan-rakan...ribuan ucapan tahniah yang aku dan suami terima.....

Sejak dari tarikh itu aku mula search diinternet, majalah dan macam2 sumber lagi tuk mengetahui apa yang perlu dan x perlu bagi aku yang bakal bergelar seorang ibu....Nasihat dan sokongan dari keluarga dan kawan-kawan juga memainkan peranan penting pada aku...

Alhamdulillah sepanjang 8 bulan aku mengandung tiada sebarang alahan mahupun kesukaran yang aku hadapi...tiada juga simtom-simtom seperti ibu mengandung...aku hadapi hari-hari yang berlalu dengan tenang...menjalani hidup seperti biasa....Setiap pemeriksaan di klinik aku dan baby dalam kandungan dalam keadaan sihat sempurna....amin....Syukur kepada mu YA ALLAH....

Barangkali ini ujian kecil dari ALLAH tuk aku dan suami...1 Disember 2011 sewaktu kandungan berusia 33 minggu aku di masukkan ke Labour Room Hospital Ampang Puteri kerna sakit perut yang teramat sangat....Kala tu dah terbayang...'nak bersalin da ke aku'? Setelah jalani pelbagai prosedur perubatan....aku alami MILD CONTRACTION...salah satu tanda2 yang aku nak bersalin...Tapi kate doktor, paru-paru bayi aku blum cukup matang untuk berfungsi bila di luar rahim....Doc memberi suntikan untuk mematangkan paru-paru bayi jika ditakdirkan bayi aku terpaksa juga dilahirkan....Hanya doa dan harapan agar tiada ape yg x diingini berlaku....Mase tu aku cukup kuat tuk hadainya...naluri aku kuat mengatakan yang tiada ape yang buruk berlaku...Alhamdulillah..semuanya berakhir dengan tenang dan gembira....Syukur kepada mu YA ALLAH.....

No comments:

Post a Comment